RAGBI MALAYA

Ragbi Malaya merupakan jenama tempatan yang khusus kepada sukan ragbi dan menawarkan servis rekaan jersi ragbi (match), jersi sublimation dan pelbagai lagi.

Dimiliki oleh Ragbi Malaya Resources (KT0473163-M), 60137796508.

Secara asasnya Ragbi Malaya bukan sahaja menghasilkan jersi khas untuk peminat sukan ragbi sahaja. Di sini anda juga boleh membuat pelbagai jenis tempahan baju yang berasaskan teknik sublimation printing. Ragbi Malaya sering aktif di laman Facebook, Instagram, Twitter & Tiktok dengan konten-konten menarik dalam membantu menaikkan nama sukan ragbi ini di Malaysia.

MISI

Misi utama Ragbi Malaya adalah menghasilkan sebuah "Online Rugby Store" atau " Rugby Webstore" yang kesemua produk hanya dihasilkan di Malaysia dan membantu para peminat sukan ragbi di setiap peringkat untuk mendapatkan pakaian ragbi yang berkualiti dan bepatutan.

REKAAN JERSI

Rata-rata peminat Ragbi Malaya sudah kenal identiti rekaan jersi yang dihasilkan. Setiap hasil karya dari Ragbi Malaya akan membawa konsep tanah air dengan gabungan pelbagai corak yang mampu menaikkan imej anda sebagai pemain ragbi.

KREW RAGBI MALAYA

Kesemua designer, web developer, marketing, salesperson dan quality control di Ragbi Malaya adalah terlatih dan mahir di dalam bidang masing-masing untuk menjamin setiap kualiti jersi yang dihasilkan.