JENIS-JENIS JERSI DAN BAJU YANG ADA DI RAGBI MALAYA

Casual jersey atau jersi sublimation dengan ketebalan normal 180gsm sangat sesuai dalam pelbagai acara dan jenis iklim di negara kita. Jersi jenis ini merupakan produk yang terlaris di Ragbi Malaya kerana rata-rata pelanggan memilih jersi ini untuk dipakai ketika di tempat kerja, bersukan (selain sukan ragbi), dan pelbagai lagi.

Match jersey atau tournament jersey dengan ketebalan dari 250-280 gsm merupakan jersi yang sering digunakan oleh pasukan ragbi di Malaysia. Kekuatan jahitan (Double/Triple Stitch) membuatkan jersi ini lebih tahan lasak dan sangat susah terkoyak ketika tournament ragbi. Tetapi jersi dengan ketebalan ini kurang sesuai dipakai secara kasual di Malaysia kerana cuaca di negara kita agak panas.

Polo lacoste cotton shirt atau t-shirt polo Ragbi Malaya merupakan produk terbaru untuk peminat sukan ragbi di Malaysia. Kedua-dua logo pada dada t-shirt ini disulam dengan menggunakan mesin komputer supaya sulaman yang dibuat lebih halus dan tepat.