Tahniah buat pemain ragbi negara, Lawrence Petrus (kanan) kerana berjaya menjuarai Fortescue Championship Division bersama pasukannya University Western Australia RC.
Lawrence Petrus atau amat dikenali sebagai "Sabahan Bulldozer" ini dikatakan mula menyertai kelab ragbi di Australia pada awal tahun 2020.
Cita-citanya untuk bermain ragbi secara profesional dan mencari pengalaman di peringkat antarabangsa berhasil setelah mendapat tawaran dari sebuah pasukan di Australia iaitu UWA Rugby Club.
Kini beliau diantara nama-nama pemain negara yang sudah bermain secara profesional di luar negara dibarisi Marc Lee, Dinesvaran Krishnan dan Amin Jamaluddin.
Kami menyeru supaya semua peminat dan pemain ragbi negara, ayuh kita sama-sama berikan sokongan penuh kepada mereka yang sentiasa berusaha mengharumkan nama suka ragbi di Malaysia di peringkat antarabangsa.
Kepada Lawrence Petrus, tahniah dan selamat maju jaya pada musim akan datang.
Ragbi Malaya.
Mohamad Amin Jamaluddin.
Dinesvaran “Duke” Krishnan.
Marc Lee.