Image

Anda semua pernah lihat telinga seorang pemain ragbi atau MMA? Mesti ramai yang pelik sebab telinga mereka ni kelihatan seperti cacat bukan? Nah, ni ada info menarik untuk anda baca dan faham.

Perasan tak telinga fighter UFC seperti Khabib, nampak lain macam tebal dia  atau besar lebih daripada biasa. Haa, memandangkan hari ini kita meriah sembang bab kemenangan Khabib, jom kita belajar sikit medical knowledge pasal kondisi luar biasa telinga dia ni. Sama-sama kita ambil ilmu baru ya?

Kalau anda perasan, most fighters dalam dunia ni, memang akan ada telinga bengkak. Dalam perubatan, kita panggil keadaan ini sebagai CAULIFLOWER EAR atau BOXER EAR. Kalau nak istilah bombastik lagi, haa nama dia ialah perichondrial hematoma.

Image

Terjadi akibat kesan blunt trauma yang memang direct terus pada telinga, maka pendarahan (hematoma) terjadi di bawah kulit telinga itu sendiri. Kawasan yang selalu terlibat ni ialah di bahagian perichondrium atau bahasa mudahnya ruangan connective tissue dekat cartilage telinga. Tanpa rawatan awal seperti drainage darah dan antibiotik, maka pendarahan akan menyebabkan salur darah di bahagian tersebut terganggu dan merosakkan tisu kulit yang ada.

Apabila dibiarkan berlanjutan, ianya biasa bersifat kekal, irreversible.
Kebanyakan mereka pun tak nak ubah balik kecacatan ini sebab ini trademark seorang fighter tau! Mahal!

Jadi, kalau tengok orang ada telinga macam ni jangan la hairan, sebab 99% dari mereka mesti adalah boxer, fighter, wrestler, ahli sukan ragbi atau seangkatan dengannya.

Jadi, jangan cari hal ya dengan mereka! 😊

Kredit : Muay Thai Klang